SALIC GOAT SESUAI UTK BAYI ANDA
1. Kita sepakat mengatakan bahawa tiada susu terbaik di dunia untuk bayi selain dari susu ibu. Kita juga sarankan pemberian susu kambing kepada bayi yang sudah pandai makan _solid food_ kecuali kes _darurah_ misalkan ibu terkena penyakit tertentu atau kekangan lain yang tidak dapat dielakkan.
2. Kandungan _sodium_ dalam susu kambing jenama Salic Goat adalah serendah 0.24g/100g sahaja (Rujuk _certificate of analysis_). Misalkan jika dibancuh 10g (1 skop) susu Salic Goat dalam sebotol 200 ml air, kandungan _sodium_ cuma 0.024 gr sahaja. Jumlah tersebut adalah 42 kali ganda lebih rendah dari batas maksimum _sodium_ per hari yang disarankan oleh SACN (The Scientific Advisory Committee on Nutrition) kepada bayi bawah 12 bulan.
3. Begitu juga kandungan kalium dalam Salic Goat serendah 1.2g/100g sahaja. Jika dibancuh mengikut sukatan 10g (1 skop) susu Salic Goat dalam 200 ml air, kandungan kalium cuma 0.12g sahaja. Jadi, sama sekali tidak akan membebankan kerja buah pinggang.
4. Susu kambing tidak menyebabkan pendarahan pada usus sebagaimana halnya susu lembu (P B Sullivan, 1993). Hal ini kerana komponen susu kambing lebih mudah dihadam oleh tubuh. Sekiranya ada, silakan kongsi _case report_ nya. Anemia terjadi apabila terjadi pendarahan pada usus kerana susu lembu. Bukan kerana minum susu kambing.
5. Sekalipun kandungan _iron_ dalam susu kambing rendah, tidak bermakna kita terus memberikan suplemen sintetik kepada bayi. Kandungan _iron_ yang tinggi dalam susu formula tidaklah 'lebih baik' dari jumlah _iron_ normal dalam susu ibu, walaupun pengeluar susu formula begitu pandai memanipulasi fakta. Malah terlalu banyak _iron_ atau zat besi boleh meningkatkan risiko penyakit (Baca: _Dewey KG, Iron supplementation affects growth and morbidity of breast-fed infants: results of a randomized trial in Sweden and Honduras_, 2002).
6. Pada susu ibu, kandungan iron juga amat kecil iaitu 76 mcg/100ml. Kebanyakkan kes _iron deficiency_ terjadi pada awal usia kelahiran. Georgieff (2009), kekurangan zat besi bayi dapat disebabkan oleh ibunya yang mengalami anemia, tekanan darah tinggi, kencing manis atau merokok semasa mengandung. Georgieff berkata, _maternal anaemia_ (ibu kurang darah) adalah punca yang paling sering terjadi sehingga membatasi jumlah zat besi sampai ke bayi dalam kandungan. Sebenarnya, masalah _iron deficiency_ ini dapat di atasi dengan mudah dan murah iaitu amalan tahnik menggunakan kurma selepas bayi lahir.
7. Bayi yang alah terhadap susu lembu dapat diubati dengan beralih kepada susu kambing. Kajian telah membuktikan, 49 dari 55 kanak-kanak yang alahan terhadap susu lembu memperoleh manfaat dari rawatan susu kambing (G.F.W. Haenlein, 2004).
Wallahua’lam
No deposit casino bonus codes - Oklahoma Casino News
BalasPadamCasino News, Details. No deposit casinos are the most 카카오스포츠 popular forms of online gambling, in 비트코인 시세 사이트 that 강원 랜드 떡 they are the best type of casino games for you 포커 to try 넥스트 벳